cc: Ustaz Zamihan Al-Ghari
Suratkhabar Utusan harini menyiarkan pendapat seorang (yang yg bergelar
'maulana' yang mengatakan YAQAZAH sesat dan dikaitkan dengan JAKIM.
Namun apabila di selidik ternyata JAKIM tidak 100%
menafikan/menyesatkan berlakunya YAQAZAH namun mempertikaikan yaqazah
yang berlaku pada pengasas al arqam. Ternyata 'maulana' ini telah
berbohong atas nama JAKIM sila rujuk : http://www.islam.gov.my/node/33681
Lihat penjelasan JAKIM : "Hakikatnya sekiranya dibaca kitab-kitab
karangan para ulama ini tiada seorang pun di kalangan mereka yang
mengiktiraf yaqazah sesat sebagaimana yang diimani dan dipegang oleh
Asaari dan al-Arqam.
Sesungguhnya para ulama yang membenarkan
yaqazah dengan Rasulullah SAW kesemua mereka sepakat mengatakan ia hanya
boleh berlaku melalui karamah para wali. Karamah pula perlu difahami
sebagai sesuatu yang diperolehi bukan dalam bentuk dipelajari atau
diminta. Ia merupakan perkara mencarik adat yang berlaku ke atas orang
salih sebagai penghormatan (takriman) oleh Allah SWT kepadanya5. Ia
tidak berlaku melalui permintaan atau permohonan atau dengan cara
mempelajarinya. Sekiranya ia berlaku dengan cara demikian maka ia adalah
termasuk ilmu sihir yang ditegah oleh syara’
3 Ibn Hajar al-Asqalani, Fath al-Bari bi Syarh Sahih al-Bukhari, Dar al-FIkr:1995, jld. 14, hal. 413.
4 Ibid.
."
Islam tetap tertegak dengan hujjah, melalui al Quran dan hadith serta
syarahnya melalui alim ulamak yang alim kedua-dua sumber, Ijmak, Qiyas
dan sumber lain yang telah dipersetujui oleh para ulamak. Bukan dengan
cakap kosong, tunjuk youtube, dan peserta/pengikut yang jahil pula akan
mengangguk-angguk, setuju, mengiyakan. Sewajarnya sifat jujur dan adil
perlu ada dalam diri seorang alim yang mendapat gelaran 'maulana' , alim
hadith dalam membentangkan sesuatu isu apatah lagi sekiranya ia ada
perbahasan di kalangan para ulamak muktabar mengenainya. Bukan syok
sendiri untuk mengelabui kebenaran.
Dalil Hadith SAHIH
Antara dalilnya adalah zahir hadis berikut yang menunjukkan seseorang
yang soleh boleh bertemu secara sedar atau jaga (yaqazah) dengan
Rasulullah s.a.w., tetapi dengan syarat mestilah pernah bertemu dahulu
secara mimpi (ru’ya) dengan baginda s.a.w. Dari Abu Hurairah r.a.
katanya: Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:
« من رآني في المنام فسيراني في اليقظة، ولا يتمثل الشيطان بي»
“Sesiapa yang melihatku di dalam mimpi, maka dia akan melihatku secara
yaqazah (di dalam keadaan jaga), kerana syaitan tidak boleh
menyerupaiku”. [Hadis riwayat al-Bukhari, Muslim, Abu Dawud dan Ahmad.
Lafaznya dari al-Bukhari]
Antara ulama yang mengatakan atau
mengiktiraf kemungkinan boleh bertemu secara sedar atau jaga
(yaqazah)
dengan Rasulullah s.a.w. ialah:
1. Imam Ibn Abi Jamrah al-Maliki dalam Bahjah al-Nufus.
2. Al-‘Allamah Ahmad al-Nafrawi al-Maliki dalam Syarh Risalah Ibn Abi Zayd.
3. al-Hafiz Ibn Hajar al-‘Asqalani dalam Fathul Bari Syarh Sahih al-Bukhari.
4. al-Hafiz Jalaluddin al-Suyuti dalam Tanwir al-Halak fi Imkan Ru’yah an-Nabi wa al-Malak.
5. Imam al-Nawawi dalam Syarah Sahih Muslim.
6. Imam al-Ghazali dalam al-Munqiz min al-Dhalal.
7. Imam Syihabuddin al-Qarafi,
8. Imam ‘Afif al-Din al-Yafi‘i al-Syafi‘i dalam (
روض الرياحين). 9. Al-‘Allamah Ibn al-Haj al-Maliki dalam al-Madkhal.
10. Al-Qadhi Ibnu al-‘Arabi al-Maliki dalam kitabnya (
قانون التأويل). 11. Imam Ibn ‘Ata’illah al-Sakandari (w. 709H) dalam kitab Lata’if al-Minan.
12. Al-Qadhi Syaraf al-Din al-Barizi dalam (توثيق عرى الإيمان).
13. Imam Tajuddin al-Subki.
14. Imam al-Qurtubi dalam (التذكرة في أحوال الموتى وأمور الآخرة).
15. Al-‘Allamah Ibn Battal al-Maliki
16. Al-‘Allamah Ibn al-Tin
17. Imam ‘Izz al-Din ibn ‘Abd al-Salam dalam al-Qawa'id al-Kubra. 18. Al-‘Allamah Mulla ‘Ali al-Qari dalam Syarh al-Syama'il.
19. Al-Qadhi Ibn al-Munayyir.
20. Imam Ibn Daqiq al-‘Id.
21. Imam ‘Abd al-Wahhab al-Sya‘rani dalam beberapa kitabnya. 22. Imam
Ibn Hajar al-Haytami al-Makki dalam al-Fatawa al-Hadithiyyah.
23. Al-‘Allamah ‘Abd al-Ra’uf al-Munawi dalam Faydh al-Qadir.
24. Syeikh ‘Abdul Qadir bin ‘Abdullah al-‘Idrus (w. 1038H) dalam kitabnya al-Nurus Safir ‘an Akhbaril Qarnil ‘Asyir.
25. Imam Abu al-‘Abbas al-Qurtubi dalam al-Mufhim.
26. Imam al-Qastallani dalam al-Mawahib al-Laduniyyah.
27. Imam al-Baqillani.
28. Al-‘Allamah Sadruddin al-Qunawi dalam Syarh al-Arba‘in.
29. Al-‘Allamah Burhanuddin al-Biqa’i dalam al-Hawi.
30. Al-Qadhi ‘Iyadh al-Maliki.
31. Al-‘Allamah al-Maziri.
32. Al-‘Allamah Nuruddin al-Iji.
33. Al-‘Allamah ‘Abd al-Ghani al-Nabulsi dalam Syarh Salawat al-Jaylani.
34. Syeikh Ahmad ibn ‘Ajibah al-Hasani (w. 1224H) dalam al-Futuhat al-Ilahiyyah.
35. Al-‘Allamah Syeikh Ibn ‘Allan al-Siddiqi.
36. Al-‘Allamah Najmuddin al-Ghazi dalam kitabnya al-Kawakib al-Sa’irah.
37. Imam Syah Waliy Allah al-Dihlawi dalam al-Durr al-Thamin.
38. Al-‘Allamah al-Alusi dalam tafsir Ruh al-Ma'ani.
39. Sayyid ‘Abdul Rahman al-‘Idrus dalam kitab Syarh Salawat al-Badawi.
40. Syeikh ‘Ali al-Ajhuri al-Maliki dalam al-Nur al-Wahhaj.
41. Syeikh Muhammad al-Khalili dalam al-Fatawa.
42. Syeikh ‘Abdullah Sirajuddin al-Halabi dalam al-Solat 'ala al-Nabiy.
43. Al-‘Allamah Syeikh Yusuf al-Nabhani dalam Sa‘adah al-Darayn, Syawahidul Haq dan Jami‘ Karamatil Auliya’.
44. Syeikh Badi‘ al-Zaman Sa‘id al-Nursi.
45. Syeikh Ibrahim al-Bajuri dalam Syarh al-Syama’il.
46. Syeikh Muhammad Hasanain Makhluf.
47. Syeikh Abu al-Qasim Muhammad al-Hafnawi dalam Ta'rif al-Khalaf.
48. Al-‘Allamah Dr. ‘Abdul Halim Mahmud, Syeikhul Azhar.
49. Al-‘Allamah Sayyid ‘Abdullah al-Siddiq al-Ghumari dalam kitabnya Fadha’ilun Nabi SAW.
50. Al-‘Allamah Dr. Sayyid Muhammad bin ‘Alawi al-Maliki dalam al-Zakha’ir al-Muhammadiyyah.
51. Al-‘Allamah Dr. Muhammad Sa‘id Ramadan al-Buti.
52. Al-Allamah Dr. ‘Ali Jum‘ah, Mufti Mesir dalam al-Bayan.
53. Dr. ‘Umar ‘Abdullah Kamil,
54. Dr. Mahmud al-Zayn.
55. Datuk Seri Maharaja Awang Haji Ismail bin Umar Abdul Aziz, Mufti Brunei.
Sila rujuk, kitab al-Durr al-Thamin fi Mubasysyarat al-Nabi al-Amin SAW
susunan Imam al-Mujaddid Syah Wali Allah al-Dihlawi yang menghimpunkan
40 peristiwa bertemu Rasulullah s.a.w. secara mimpi dan jaga.
Bahkan
ramai dari kalangan alim ulama tariqat-tariqat sufi ini adalah
pemelihara-pemilhara sunnah baginda s.a.w. baik sunnah yang zahir
mahupun sunnah yang batin. Berapa banyak rahmat dan manfaat rohani yang
tersebar di seluruh dunia sama ada kita sedari ataupun tidak, disebabkan
usaha-usaha mereka.
Kata al-‘Allamah Ibn Al-Haj dalam kitab al-Madkhal (3/194):
“Sebahagian orang mendakwa melihat Nabi s.a.w. secara yaqazah,
sedangkan ia merupakan satu perbahasan yang sempit (sukar) untuk
diperbahaskan. Amat sedikitlah dari kalangan mereka yang mengalaminya,
kecuali terhadap mereka yang amat mulia di zaman ini. Walau
bagaimanapun, kami tidak mengingkari sesiapa yang mengaku pernah
mengalaminya, dari kalangan orang-orang yang mulia yang dipelihara oleh
Allah s.w.t. zahir dan batin mereka.” Wallahu a’lam.
Antara alim ulamak/orang soleh yang pernah mengalami yaqazah :
Antara mereka ialah;
Syeikh ‘Abdul Qadir al-Jailani, Syeikh Abu al-Hasan al-Syazili, Imam
Abu al-‘Abbas al-Qurtubi, Syeikhul-Akbar Muhyiddin Ibn al-‘Arabi, Syeikh
Khalifah bin Musa, Syeikh Abu al-‘Abbas al Mursi (w. 686H), Syeikh Abu
‘Abdillah al-Qurasyi, Syeikh Kamaluddin al-Adfawi, Syeikh ‘Ali
al-Wafa’i, Syeikh ‘Abd al-Rahim al-Qinawi, Syeikh Abu Madyan
al-Maghribi, al-Hafiz Jalaluddin al-Suyuti, Syeikh ‘Ali al-Khawwas,
Syeikh Ibrahim al-Matbuli, Imam Abu al-‘Abbas al-Qastallani, Syeikh Abu
al-Su‘ud ibn Abi al-‘Asya’ir, Syeikh Ibrahim al-Dusuqi, Sayyid Nuruddin
al-Iji, Syeikh Ahmad al-Zawawi, Syeikh Mahmud al-Kurdi, Syeikh Ahmad bin
Thabit al-Maghribi, Imam al-Sya‘rani, Syeikh Abu al-Mawahib al-Syazili,
Syeikh Nuruddin al-Syuni, al-Habib ‘Umar bin ‘Abdul Rahman al-‘Attas
(penyusun Ratibul ‘Attas), Sayyidi ‘Abd al-‘Aziz al-Dabbagh, Syeikh
Muhammad bin Abi al-Hasan al-Bakri, Sayyidi Ahmad bin Idris, Syeikh
Ahmad al-Tijani dan lain-lain.
Sekian ramai alim ulamak yang
pakar hadith dan feqah mengiktiraf berlakunya yaqazah dan yang pernah
mengalaminya tetapi ada kaum mengatakan ia tidak pernah berlaku ?
Kebiadapan ilmuwan(baca:kononnya ilmuan) yang ada walaupun ada ilmu
tetapi berbohong dan menipu dengan mempergunakan ilmu . Sekiranya
mengikut ilmu jarh wa at ta'dil. Thiqahnya tiada. Bayangkan jika ada
fatwa(kononya) yang diriwayatkannya hanya jatuh pada sangkaan semata.
Wallahua'lam.
Sumber : Facebook.com/JomDakwahBersamaUlama'
#IlmuAmalZikir
No comments:
Post a Comment