Thursday 23 April 2015

Perbahasan Zikir Menari

Secebis Perbahasan Zikir Hadrah.

Maksud Majlis Sama’ atau dinamakan juga majlis Hadrah.

Terjemahan dan ulasan dari 2 buah kitab.

1. Ihya Ulumiddin.
2. Al Futuhaatul Ilahiyyah- Ibnu Ajibah.
........................................................................................................................................................

(1) IHYA.

Imam Ghazali dalam ihya , dicetak ditepi Ittihaf Saadatil Muttaqin , cetakan Dar Fikar, muka surat 458, berkata:

Telah menukil oleh Abu Talib al-Makki, keharusan majlis sama’ daripada para sahabat, beliau berkata {dikalangan para sahabat telah hadir majlis sama’ oleh Abdullah bin Ja’far r.a, Abdullah bin Zubir r.a, Mughirah bin Syubah, Muawiyah r.a dan selain mereka.}.

Dimuka surat 465 beliau menyambung:
Berkata Abu Talib lagi { telah melakukan sedemikian oleh kebanyakan dari Salafus Soleh, dikalanya sahabat dan taabi ‘in, sentiasalah mereka yang naik haji ke Mekah di antara kami mendengar sama’ pada hari-hari yang utama setiap tahun, hari2 yang diperintahkan Allah beribadat seperti hari –hari Tasyriq} - Ittihaf Saadatul Muttaqin , Juzuk 6, – 468 , cetakan Dar Fikar.

Imam Ghazali menyatakan ciri-ciri khas majlis sama’/hadrah dalam Ihya , muka Surat 296– Juzuk 2:
Sebaiknya bahawa dikiaskan1 suara burung murai dan semua suara yang timbul dari tubuh-tubuh berjisim yang diusahakan manusia, seperti suara yang keluar dari kerongkongnya atau bunyi yang terbit dari pukulan kayu cota (sejenis alat muzik), gendang dan kompang.

Tidak terkecuali dari qiyas ini melainkan bunyi dari alat-alat muzik (yang ditegah), bunyi gitar, muzik berpetik dan di gesek) dan serunai yang terdapat larangan syarak.2

Dalam kertas kerja (Bahasa arab)- Ar Ruqas wal Ghana’ was Sama’ indad Thuruq as Shufiyyah – Sayyid Ibn Idris bin Sayyid al-Hassan al-Idrisi- Seminar Antarabangsa Dakwah dan Tariqat Tasauf Negeri Sembilan. Seremban. 2002 Masihi , tercatit maksud sama’ yang penulis terjemahkan seperti berikut:

Maksud Sama’: Sama’ di sisi ahli Tasawuf ialah salah satu latihan kerohanian yang membiasakannya oleh para murid untuk tujuan pembersihan penyucian rohani1

Sama’- bukan istilah yang difahami dengan maksud tari menari yang disertai dengan alunan suara nyanyian penyanyi dan alat-alat muzik.

Majlis sama’ yang diwarisi oleh para ahli tasawuf yang terkandung di dalamnya acara alunan bacaan al-Quran yang dibaca oleh Qari yang bersuara merdu, yang boleh menyentuh hati para pendengar dan terkesan di sanubari mereka, atau bacaan-bacaan yang dibenarkan oleh syarak seperti Madih, Selawat, Burdah, Nasyid dan Qosidah, Majlis ilmu dan makrifah, bacaan kalam-kalam ahli Irfan yang menyedarkan akal dan roh para hadirin tentang kebenaran. Maka majlis Sama’ tidak semestinya disertai dengan alat-alat muzik. Kebanyakkan ulamak Tasawuf tidak setuju sesuatu majlis sama’ disertai alat-alat muzik, sekalipun hanya kompang yang tiada khilaf ulamak mengharuskankan kompang.

(2) AL FUTUHATUL ILAHIYYAH- Ibnu AAjibah.

Pandangan Ahli tasawuf terhadap Ruqas (Tarian ) dlm majlis zikir.

Imam Ibnu Ajibah – Nama penuh beliau – Abi Abbas dan Ahmad bin Muhammad bin Ajibah. Wafat pada 1611 hijrah -1224 masihi . Beliau mengarang kitab Tafsir, Hadis, Fikah, lughah , kebanyakkan kitab beliau adalah dalam bidang Tasauf.Karangannya melebihi 45 buah judul. Biodata beliau boleh dirujuk dalam : Az zarkali Al A’lam juzuk 1 muka surat 245, Redho kahalah Mu’ jam al Muallifin muka surat 63. Hasanin Makhluf-Syajaratunnur az Zakiyyah muka surat 400 dan lain-lain.

Penulis cuba menterjemahkan teks bahasa arab mengenai pandangan ahli taswwuf mengenai tarian (ruqas) yang perlu diperjelaskan perbezaan antara tarian yang tidak mengikut syarak dan tarian yang mengikut syarak. Jodol kitab yang diutamakan adalah seperti berikut :

Al futuhatul lahiyyah fi syarh al mabhasul Ashliyyah dicetak bersama syarah Al-Hikam Ibn Ata’illah juzuk 2 muka surat 281-cetakan Dar Al fikar Bairut.

Terjemahannya.

Ertinya: Tarian (Ruqs) dan Menari (tharuqqus) bermaksud meninggikan (tubuh) dan menurunkan kebawah (tubuh).
Maksudnya: Tarian pada majlis sama’ dan mengerak-gerakkan tubuh tanpa wujud nya suatu ghalabah (dikalahkan) oleh hal (zauqi) , bukanlah merupakan cara orang-orang yang sudah sempurna tasawufnya.

Orang yang sudah sempurna , sepatutnya berkeadaan diam dan tetap tubuhnaya. Cara begitu, lebih selamat dari sangkaan buruk pada orang yang buat begitu, walaupun Zauqi memang benar terjadi pada dirinya .

Ketahui olehmu,Tarian (Ruqs) yang berlaku percanggahan besar antara ahli tasawuf dan ulama zahir, huraiannya adalah seperti berikut:

Hukum asal pada tarian adalah harus. Kerana tiada warid Nas syara’ pada keharaman mahupun keharusan maka Zahir nas-nas menunjukkan Harus.

Sheikh Ibn Ajibah meneruskan lagi : Sesungguhnya para Imam mengharamkannya disebabkan disertai dengan perkara-perkara kelakuan yang dibuat oleh orang-orang fasik iaitu pencampuran lelaki dan perempuan, pondan-pondan dan alat-alat muzik yang diharamkan. Ini berdasarkan kaedah usul Fiqah:
Illah beredar menurut ma’lulnya, pada ada dan tiada.

Kesimpulannya: Hukum tarian terbahagi 3 bahagian: 1. Haram 2. Harus 3. Dituntut (dianjurkan).
Bahagian Haram tarian bermaksud tarian yang dilakukan oleh orang-orang awam dengan percampuran lelaki ,perempuan, pondan dan kehadiran mereka. Maka ini haram, kerana membawa kerosakan (akhlak) , membangkitkan tabiat-tabiat keji dan nafsu-nafsu kesyaitanan.
Termasuk juga dalam kategori haram apabila tarian (dalam majlis sama’) tidak berciri tersebut tetapi bertujuan menunjuk-nunjuk riya’ dan menunjuk-nunjuk kononnya zauqi pada halnya hatinya lalai. maka haram.
Bahagian Harus, iaitu tarian yang dibuat oleh orang-orang soleh dan ahli tasawuf ketika tiada rasa zauqi. Mereka melakukan sedemikian dengan tujuan merehatkan lelah dalam diri mereka dan untuk menyemarakkan kerajinan hati mereka, kategori harus ini bersyaratkan
Ketika majlis dijalankan, tempat, dan para hadirin tidak dihadiri oleh golongan tersebut iaitu percampuran. Maka ini harus kerana tiada perkara yang membawa kepada haram.
Imam Sayuthi juga membahaskan Ruqas dan Sama’ dalam kitab al Hawi lil Fatawi juzuk 2 , muka surat 234 , cetakan maktabah ar Riyadh al Hadisiah .

Sayuthi berkata: Pendapat yang mengatakan tarian (ruqas) ahli tasawuf serupa dengan perbuatan kaum Samiri ketika mereka menyembah patung anak lembu? , pendapat ini salah sebab jika betul pun riwayat kisah kaum Samiri itu , perbuatan kaum samiri itu haram sebab tujuan tarian mereka adalah untuk membesarkan patung anak lembu tersebut dan mereka seronok buat begitu.Yang begitu terang kufurnya.

Lain Halnya dengan yang berlaku disisi ahli tasawuf niat tujuan dan kaifiat cara mereka.
Sesungguhnya telah sabit dalam hadis bahawa Saidina Ja’far bin abi Talib r.a. menari dihadapan Rasulullah s.a.w ketika Baginda bersabda:
“Dikau menyerupai daku pada kejadian (tubuh)ku dan akhlakku.’’
Al Sheikh As Sanusi telah menyebut hadis ini dalam kitab Nushratul Faqir dan lain-lain.
Ibnu Layuun At-Tujibi menashkan:

Berkenaan Tarian(Ruqs) di masjid : dalam hadis sahih riwayat Muslim dari Saidatina Aisyah r.a.ha:
“Suatu hari perayaan, beberapa Askar2 orang Habsyi menari sebagai menyambut raya dalam masjid. Nabi bertanya kepada saya, “hendakkah engkau melihat mereka?”, saya menjawab, “ya”. Kemudian diangkatnya saya dengan tangannya sendiri, dan saya melihat beberapa lama hingga beliau berkata lebih dari sekali “belumkah puas engkau lagi?”,
Imam Ibnu Uyayynah r.a mengulas: Kalimat Az-Zafaf dalam hadis tersebut bermaksud Ar-Ruqs (tarian).
Maka maka sabitlah asal hukum tarian itu adalah harus (kecuali setelah berlaku perkara-perkara yang dilarang seperti syarat-syarat pengecualian) .

Jika dikatakan haram semata-mata haram secara mutlak pada zat tarian itu, sudah tentu tidak dibuat tarian (Ruqs) di hadapan Rasulullah s.a.w.
Kemudian Ibnu AAjibah meneruskan lagi dengankanya:
Bahagian di tuntut : (dianjurkan iaitu tarian Para ahli tasawuf,ahli zauqi , ahli Hal dan Wajd , sama ada ketika sudah ada wajd atau cuba mendapatkan Wajd. Sama ada tarian di dalam majlis zikir atau sama’, semuanya dianjurkan untuk melakuakan tarian (Ruqs).

Tiada syak lagi, bahawa ubat penawar untuk hati-hati dari kelalaian dan untuk menumpukannya kepada Allah adalah dituntut dengan cara mana pun selama tidak berlaku perkara yang diharamkan yang diijmakkan keharamannya oleh para ulama’, yang begitu bukan ubat penawar lagi,3).
Imam Junaid al-Baghdadi r.a. ketika ditanya tentang majlis sama’. Beliau menjawab :
[ Setiap perkara yang menumpukan hati Para hamba kepada Tuhannya , adalah Harus.]
Al Faasi menulis dalam karangan beliau berjudul syarah al-Hisn,4 Nas perkataan dari Sheikhul Islam Imam Sayuthi r.a.
Imam Sayuthi berkata “Daku menjawab ,bagaimana pula boleh diingkari berzikir dengan keadaan berdiri dan duduk, dan dalam keadaan berbaring atas rusuk mereka/ padahal sesungguhnya Allah ta’la berfirman dengan maksudnya :
{ mereka yang berzikir (mengingati Allah ) dalam keadaan berdiri dan duduk dan dalam keadaan berbaring diatas rusuk mereka].
Siti Aishah r.anha berkata, { Adalah Rasulullah saw berzikir mengingati Allah di setiap keadaan}.
’’Walaupun terdapat tambahan pada berdiri dengan ditambah perbuatan menari, itupun tidak boleh diingkari ,perbuatan sebab menari itu disebabkan timbul rasa kelazatan syuhud dan al wajd.Telah diriwayatkan hadis saidina Ja’afar bin Abi Talib menari dihadapan Rasullullah s.a.w bila Nabi saw bersabda :
{Dikau menyerupai daku pada kejadian tubuhku dan akhlak ku.}
Sesunggunya sahih berita tentang berlakunya berdiri dan tarian di dalam majlis-majlis zikir ,sama’ dan dengan kehadiran imam-imam besar,seumpama zikir dan Sheikhul Islam Izzuddin bin Abdis salam.

Tamat terjemahan

1. Ihya Ulumiddin.
2. Al futuhatul lahiyyah..
....................................................................................................................................

1. Iaitu suara burung murai mustahil boleh diharamkan.
2 ) Ittihaf Saadatil Muttaqiin, Juzuk 6. Muka surat 472
3) kerana setiap yang diharamkan oleh Allah swt dan Rasul s.a.w adalah dianggap seperti Racun yang membunuh.
4)-Imam Al-faqih al Allamah Abul Abbas Ahmad Bin Abi Mahasin Yusof al Faasi al Maliki r.a.-
Beliau ahli dalam pelbagai,seorang yang berilmu yang beramal dengan ilmunya. Wali yang kamil. Dilahirkan pada 971 Hijrah bersamaan 1563 Masihi.Wafat 1021 Hijrah-1612 Masihi.
Beliau menghafal kitab hadis al Bukhari dan Muslim dan bebrapa naskhah kitab-kitab Bukhari dan Muslim telah ditashih menurut hafalan beliau.
Kemudian Ibnu Ajibah mengulas:
”Daku berpendapat , sesungguhnya mutawatir khabar yang dinukil berkenaan ahli tasawuf zaman dahulu dan sekarang.Sama ada di timur mahupun barat bahwa mereka berhimpun untuk berzikir mengingati Allah dengan cara berdiri dan menari. Tiada pula sampai berita kepada kita ada terdapat ulama’ yang ingkar pada perbuatan mereka itu.
 
Sheikhuna Tuan Guru Abdul Raof Bin Nurin.


TARIQAT: PENGENALAN, ASAL USUL DAN PERKEMBANGAN

Bismillah wa BibarkatinNabi,

Kata Tariqat berasal dari Bahasa Arab: (طرق), menurut makna bahasa Arab maksudnya: 'jalan' atau 'method', atau 'cara'. Menurut istilah tasauf dalam Islam maksudnya: "suatu jalan/kurikulum kerohanian yang khusus bagi orang-orang yang berjalan menuju Allah mengharungi berbagai rintangan untuk mencapai peningkatan rohani melalui pimpinan mursyid".

Melalui praktik rohaniah dan bimbingan seorang pemimpin tariqat, calon penghayat tariqat akan berupaya untuk mencapai hakikat.

Tariqat yang ertinya ‘jalan’. Jalan yang dimaksud di sini adalah jalan untuk menjadi orang bertaqwa, menjadi orang yang diredhai Allah s.w.t. Secara praktiknya, tariqat adalah himpunan amalan-amalan taqwa (zahir dan batin) yang bertujuan untuk membawa seseorang untuk menjadi orang bertaqwa.
Tariqat adalah umpama sebuah madrasah yang mana subjek pengajian utama didalamnya ialah ilmu tasawuf, matlamatnya ialah untuk mencapai maqam ihsan. Ihsan adalah rukun agama yang ketiga yang wajib direalisasikan oleh setiap mukmin untuk menyempurnakan kehidupan agamanya.

Tariqat ialah seumpama organisasi yang menggabungkan Iman(Tauhid) dan Islam(syariat) dalam bentuk Ihsan. Hasilnya melahirkan graduan rohani atau mereka yang mempunyai hati yang selamat sejahtera dibawa pulang ke akhirat

Walaupun pada zaman Rasulullah (saw) nama tariqat belum lagi masyhur namun asal usul perjalanan tariqat ini adalah diambil dari kehidupan Rasulullah SAW bersama para sahabat terutama golongan ahli Suffah yang telah menjalani kehidupan yang zuhud dan mursyid atau pembimbing mereka ialah Rasulullah saw. Mereka sentiasa berada didalam Masjid Nabawi untuk mendapatkan bimbingan rohani dari Rasulullah SAW.

Seperti mana perkataan tauhid, fiqh, nahu,saraf, mustalah hadis, dan lain-lain belum wujud pada zaman Rasulullah SAW , yang mana ia hanya muncul selari dengan perkembangan Islam apabila ilmu-ilmu tersebut mula dibentuk dan disusun secara sistematik oleh ulamak Islam yang hidup antara 100-200 tahun setelah kewafatan Rasulullah SAW.

Begitulah hal keadaannya dengan ilmu tariqat dan ilmu tasawuf, apabila ulama melihat perkembangan agama Islam yang semakin meluas dan semakin ramai umat Islam sudah mula mengabaikan aspek kerohanian dan kebatinan yang merupakan intipati agama ini, maka ulama seperti Imam Junaid al-Baghdadi telah mengambil intipati ajaran tasawuf dan tariqat dari al-Quran dan Hadis kemudian disesuaikan proses tarbiah dan tazkiyatun nufus(penyucian jiwa)dengan keadaan zaman, keadaan, murid dan situasi.

Penyusunan ilmu tariqat dikemaskini dengan lebih teratur oleh Syaikh Abdul Qadir al-Jailani(wafat pada 561H) yang mempunyai ribuan murid.

Metodologi tariqat yang digunakan oleh para mursyid (pembimbing tariqat) adalah berbeza namun hampir kesemuanya lebih tertumpu kepada menghubungkan hati kepada Allah setiap masa dan keadaan. Konsep yang dipakai juga berbeza-beza ,ada yang selesa dengan konsep mujahadah, ada yang lebih kepada konsep cinta, ada juga konsep syukur dan sabar, konsep puasa, dan lain-lain.

Tariqat yang asalnya untuk melahirkan mukmin sejati akhirnya telah menghasilkan mujahid-mujahid agama yang bertebaran keseluruh dunia untuk menyebarkan Islam dengan hikmah dan kasih sayang.
Sejarah membuktikan bahawa jasa dan pengorbanan ahli tariqat dan tasawuf telah memainkan peranan penting dalam memberi pengaruh kepada dunia Islam dengan membawa amalan Islam dan intipati ajarannya ke seluruh pelosok alam termasuklah alam Nusantara ini.

Seperti mana dalam ilmu tauhid dan fiqah, ada saja golongan yang tersesat didalamnya kerana godaan nafsu, begitu juga nasib yang dialami oleh sesetengah ahli tariqat. Namun amat silap jika seseorang memandang sinis dan langsung meninggalkan ilmu tauhid, fiqah dan tasawuf/tariqat hanya kerana segelintir mereka ada yang tergelincir.

Hakikatnya masih banyak aliran tariqat yang masih berada diatas landasan yang benar dan sahih sehingga kini dalam membawa manusia kepada merealisasikan tujuan kita dicipta Allah Taala di alam dunia ini.

Antara Aliran-Aliran Tariqat dalam Islam

1. Tarekat Qadariyah
2. Tarekat Syadziliyah
3. Tarekat Naqsabandiyah
4. Tarekat Yasafiyah dan Khawajagawiyah
5. Tarekat Khalwatiyah
6. Tarekat Syatariyah
7. Tarekat Rifa’iyah
8. Tarekat Qadiriyah
9. Tarekat Sammaniyah
10. Tarekat Tijaniyah
11. Tarekat Chistiyah
12. Tarekat Mawlawyah
13. Tarekat Ni’matuliyah
14. Tarekat Sanusiyah
15. Tarekat Alawiyyah / Haddadiyah
16. Dan lain-lain

Mengenai pengharaman Tarekat Naqshabandiyyah Aliyyah Haqqani di Malaysia mungkin bermaksud ianya tidak sesuai untuk diamalkan di Malaysia atau mungkin sudah tiba masanya untuk pihak berwajib menilai semula sebab musabab tarekat ini diharamkan supaya kebenarannya terzahir.

Meskipun begitu, pengharamannya disini tidak bermakna ia tertolak kerana di negara luar, Tarekat Naqshabandiyyah Aliyyah Haqqani ini tetap disambut dan diterima oleh ulama dunia Islam antaranya Syaikh Dr. Ali Jumuah (Mantan Mufti Mesir), Syaikh Muhammad Yahya al-Kattani (Ulama al-Azhar), Syaikh Muhammad Ghanim(ulama al-Azhar), Syaikh Ahmad (ulama al-Azhar), Syaikh Usamah (Naib Mufti Mesir), al-Habib Ali al-Jufri (Abu Zabi), al-Habib Umar bin Hafiz (Yaman), Syaikh Muhammad al-Ya'qubi (ulama England), Syaikhul Islam Dr. Tahir al-Qadri (ulama India), Syaikh Ahmad Kuftaru (Mufti Besar Syria), Syaikh Faisal Hamid, Syaikh Yasir al-Kudmani (ulama Syria) Baba Aziz (ulama Patani), Syeikh Nuruddin al-Banjari, Syeikh Rahimuddin (Ulama Indonesia) dan lain-lain.

Usaha yang dibuat oleh Pejabat Agama Islam Negeri Sembilan menubuhkan Bahagian Pendaftaran Tarekat adalah seharusnya dipuji dan dipandang baik.

Negeri Sembilan yang mengamalkan manhaj Ahlus Sunnah Wal Jama'ah mempunyai Jilsah Al Turuq al-Sufiyyah.

Apakah Jilsah Al Turuq Al Sufiyyah ? - iaitu Jawatankuasa yang terdiri daripada pengamal tareqat yang pakar mengikut landasan al Quran, As Sunnah, Ijmak dan Qiyas berperanan untuk menyelia, mengenalpasti tareqat-tareqat yang diamalkan benar mengikut manhaj Ahlus Sunnah Wal Jama'ah dan didaftarkan.

Antaranya terdiri dari Mufti Negeri Sembilan, termasuk Dr Abdul Manam, Dr Jahit Sidek, Dr Sulaiman bin Ibrahim.

Jadi tidak timbul kekeliruan akibat orang yang tidak ahli tiba-tiba bercakap mengenai tareqat dan kemudian menyesatkan pula tareqat dan ahli tasawwuf.




Info :
1. Jilsah Al Turuq al Sufiyyah : http://www.muftins.gov.my/…/159-info-bahagian-tarekat-tasaw…
2. Senarai anggota : http://www.muftins.gov.my/…/611-senarai-anggota-jilsah-al-t…
3. Enakmen Tarekat Tasawwuf : http://muftins.gov.my/…/159-info-bah…/607-pengenalan-enakmen
4. Pelan Strategik : http://muftins.gov.my/…/610-pelan-strategik-jabatan-mufti-k…
5. TAREQAT TASAWWUF YANG BERDAFTAR DAN DILULUSKAN :
http://muftins.gov.my/…/tare…/161-tarekat-tassawuf-berdaftar
6. Arkib Tarekat Tasawwuf : http://www.muftins.gov.my/index.php/arkib2/tareqat-tasauwuf
Mengandungi senarai tokoh tarekat tasawwuf, himpunan doa dan zikir, kertas kerja dan sebagainya.
Semoga negeri-negeri lain di Malaysia mempunyai badan yang berfungsi seperti ini juga. Serahkan urusan pada ahlinya !

Allah wa Rasul 'alam..



Program Daurah Tauhid Bersama al-Fadil Ustaz Azmi Ahmad hafizohulla ta'ala







Majlis Mingguan 23/4, Majlis Zikir Khatam Khawajagan, bacaan Mawlid Dibaie & bacaan Qasidah Burdah