Secebis Perbahasan Zikir Hadrah.
Maksud Majlis Sama’ atau dinamakan juga majlis Hadrah.
Terjemahan dan ulasan dari 2 buah kitab.
1. Ihya Ulumiddin.
2. Al Futuhaatul Ilahiyyah- Ibnu Ajibah.
........................................................................................................................................................
(1) IHYA.
Imam Ghazali dalam ihya , dicetak ditepi Ittihaf Saadatil Muttaqin , cetakan Dar Fikar, muka surat 458, berkata:
Telah menukil oleh Abu Talib al-Makki, keharusan majlis sama’ daripada
para sahabat, beliau berkata {dikalangan para sahabat telah hadir majlis
sama’ oleh Abdullah bin Ja’far r.a, Abdullah bin Zubir r.a, Mughirah
bin Syubah, Muawiyah r.a dan selain mereka.}.
Dimuka surat 465 beliau menyambung:
Berkata Abu Talib lagi { telah melakukan sedemikian oleh kebanyakan
dari Salafus Soleh, dikalanya sahabat dan taabi ‘in, sentiasalah mereka
yang naik haji ke Mekah di antara kami mendengar sama’ pada hari-hari
yang utama setiap tahun, hari2 yang diperintahkan Allah beribadat
seperti hari –hari Tasyriq} - Ittihaf Saadatul Muttaqin , Juzuk 6,
– 468 , cetakan Dar Fikar.
Imam Ghazali menyatakan ciri-ciri khas majlis sama’/hadrah dalam Ihya , muka Surat 296– Juzuk 2:
Sebaiknya bahawa dikiaskan1 suara burung murai dan semua suara yang
timbul dari tubuh-tubuh berjisim yang diusahakan manusia, seperti suara
yang keluar dari kerongkongnya atau bunyi yang terbit dari pukulan kayu
cota (sejenis alat muzik), gendang dan kompang.
Tidak terkecuali
dari qiyas ini melainkan bunyi dari alat-alat muzik (yang ditegah),
bunyi gitar, muzik berpetik dan di gesek) dan serunai yang terdapat
larangan syarak.2
Dalam kertas kerja (Bahasa arab)- Ar Ruqas wal
Ghana’ was Sama’ indad Thuruq as Shufiyyah – Sayyid Ibn Idris bin
Sayyid al-Hassan al-Idrisi- Seminar Antarabangsa Dakwah dan Tariqat
Tasauf Negeri Sembilan. Seremban. 2002 Masihi , tercatit maksud sama’
yang penulis terjemahkan seperti berikut:
Maksud Sama’: Sama’
di sisi ahli Tasawuf ialah salah satu latihan kerohanian yang
membiasakannya oleh para murid untuk tujuan pembersihan penyucian
rohani1
Sama’- bukan istilah yang difahami dengan maksud tari
menari yang disertai dengan alunan suara nyanyian penyanyi dan alat-alat
muzik.
Majlis sama’ yang diwarisi oleh para ahli tasawuf yang
terkandung di dalamnya acara alunan bacaan al-Quran yang dibaca oleh
Qari yang bersuara merdu, yang boleh menyentuh hati para pendengar dan
terkesan di sanubari mereka, atau bacaan-bacaan yang dibenarkan oleh
syarak seperti Madih, Selawat, Burdah, Nasyid dan Qosidah, Majlis ilmu
dan makrifah, bacaan kalam-kalam ahli Irfan yang menyedarkan akal dan
roh para hadirin tentang kebenaran. Maka majlis Sama’ tidak semestinya
disertai dengan alat-alat muzik. Kebanyakkan ulamak Tasawuf tidak setuju
sesuatu majlis sama’ disertai alat-alat muzik, sekalipun hanya kompang
yang tiada khilaf ulamak mengharuskankan kompang.
(2) AL FUTUHATUL ILAHIYYAH- Ibnu AAjibah.
Pandangan Ahli tasawuf terhadap Ruqas (Tarian ) dlm majlis zikir.
Imam Ibnu Ajibah – Nama penuh beliau – Abi Abbas dan Ahmad bin
Muhammad bin Ajibah. Wafat pada 1611 hijrah -1224 masihi . Beliau
mengarang kitab Tafsir, Hadis, Fikah, lughah , kebanyakkan kitab beliau
adalah dalam bidang Tasauf.Karangannya melebihi 45 buah judul. Biodata
beliau boleh dirujuk dalam : Az zarkali Al A’lam juzuk 1 muka surat
245, Redho kahalah Mu’ jam al Muallifin muka surat 63. Hasanin
Makhluf-Syajaratunnur az Zakiyyah muka surat 400 dan lain-lain.
Penulis cuba menterjemahkan teks bahasa arab mengenai pandangan ahli
taswwuf mengenai tarian (ruqas) yang perlu diperjelaskan perbezaan
antara tarian yang tidak mengikut syarak dan tarian yang mengikut
syarak. Jodol kitab yang diutamakan adalah seperti berikut :
Al
futuhatul lahiyyah fi syarh al mabhasul Ashliyyah dicetak bersama syarah
Al-Hikam Ibn Ata’illah juzuk 2 muka surat 281-cetakan Dar Al fikar
Bairut.
Terjemahannya.
Ertinya: Tarian (Ruqs) dan Menari (tharuqqus) bermaksud meninggikan (tubuh) dan menurunkan kebawah (tubuh).
Maksudnya: Tarian pada majlis sama’ dan mengerak-gerakkan tubuh tanpa
wujud nya suatu ghalabah (dikalahkan) oleh hal (zauqi) , bukanlah
merupakan cara orang-orang yang sudah sempurna tasawufnya.
Orang
yang sudah sempurna , sepatutnya berkeadaan diam dan tetap tubuhnaya.
Cara begitu, lebih selamat dari sangkaan buruk pada orang yang buat
begitu, walaupun Zauqi memang benar terjadi pada dirinya .
Ketahui olehmu,Tarian (Ruqs) yang berlaku percanggahan besar antara
ahli tasawuf dan ulama zahir, huraiannya adalah seperti berikut:
Hukum asal pada tarian adalah harus. Kerana tiada warid Nas syara’
pada keharaman mahupun keharusan maka Zahir nas-nas menunjukkan Harus.
Sheikh Ibn Ajibah meneruskan lagi : Sesungguhnya para Imam
mengharamkannya disebabkan disertai dengan perkara-perkara kelakuan
yang dibuat oleh orang-orang fasik iaitu pencampuran lelaki dan
perempuan, pondan-pondan dan alat-alat muzik yang diharamkan. Ini
berdasarkan kaedah usul Fiqah:
Illah beredar menurut ma’lulnya, pada ada dan tiada.
Kesimpulannya: Hukum tarian terbahagi 3 bahagian: 1. Haram 2. Harus 3. Dituntut (dianjurkan).
Bahagian Haram tarian bermaksud tarian yang dilakukan oleh orang-orang
awam dengan percampuran lelaki ,perempuan, pondan dan kehadiran mereka.
Maka ini haram, kerana membawa kerosakan (akhlak) , membangkitkan
tabiat-tabiat keji dan nafsu-nafsu kesyaitanan.
Termasuk juga
dalam kategori haram apabila tarian (dalam majlis sama’) tidak berciri
tersebut tetapi bertujuan menunjuk-nunjuk riya’ dan menunjuk-nunjuk
kononnya zauqi pada halnya hatinya lalai. maka haram.
Bahagian
Harus, iaitu tarian yang dibuat oleh orang-orang soleh dan ahli tasawuf
ketika tiada rasa zauqi. Mereka melakukan sedemikian dengan tujuan
merehatkan lelah dalam diri mereka dan untuk menyemarakkan kerajinan
hati mereka, kategori harus ini bersyaratkan
Ketika majlis
dijalankan, tempat, dan para hadirin tidak dihadiri oleh golongan
tersebut iaitu percampuran. Maka ini harus kerana tiada perkara yang
membawa kepada haram.
Imam Sayuthi juga membahaskan Ruqas
dan Sama’ dalam kitab al Hawi lil Fatawi juzuk 2 , muka surat 234 ,
cetakan maktabah ar Riyadh al Hadisiah .
Sayuthi berkata:
Pendapat yang mengatakan tarian (ruqas) ahli tasawuf serupa dengan
perbuatan kaum Samiri ketika mereka menyembah patung anak lembu? ,
pendapat ini salah sebab jika betul pun riwayat kisah kaum Samiri itu ,
perbuatan kaum samiri itu haram sebab tujuan tarian mereka adalah untuk
membesarkan patung anak lembu tersebut dan mereka seronok buat
begitu.Yang begitu terang kufurnya.
Lain Halnya dengan yang berlaku disisi ahli tasawuf niat tujuan dan kaifiat cara mereka.
Sesungguhnya telah sabit dalam hadis bahawa Saidina Ja’far bin abi
Talib r.a. menari dihadapan Rasulullah s.a.w ketika Baginda bersabda:
“Dikau menyerupai daku pada kejadian (tubuh)ku dan akhlakku.’’
Al Sheikh As Sanusi telah menyebut hadis ini dalam kitab Nushratul Faqir dan lain-lain.
Ibnu Layuun At-Tujibi menashkan:
Berkenaan Tarian(Ruqs) di masjid : dalam hadis sahih riwayat Muslim dari Saidatina Aisyah r.a.ha:
“Suatu hari perayaan, beberapa Askar2 orang Habsyi menari sebagai
menyambut raya dalam masjid. Nabi bertanya kepada saya, “hendakkah
engkau melihat mereka?”, saya menjawab, “ya”. Kemudian diangkatnya saya
dengan tangannya sendiri, dan saya melihat beberapa lama hingga beliau
berkata lebih dari sekali “belumkah puas engkau lagi?”,
Imam Ibnu Uyayynah r.a mengulas: Kalimat Az-Zafaf dalam hadis tersebut bermaksud Ar-Ruqs (tarian).
Maka maka sabitlah asal hukum tarian itu adalah harus (kecuali setelah
berlaku perkara-perkara yang dilarang seperti syarat-syarat
pengecualian) .
Jika dikatakan haram semata-mata haram secara
mutlak pada zat tarian itu, sudah tentu tidak dibuat tarian (Ruqs) di
hadapan Rasulullah s.a.w.
Kemudian Ibnu AAjibah meneruskan lagi dengankanya:
Bahagian di tuntut : (dianjurkan iaitu tarian Para ahli tasawuf,ahli
zauqi , ahli Hal dan Wajd , sama ada ketika sudah ada wajd atau cuba
mendapatkan Wajd. Sama ada tarian di dalam majlis zikir atau sama’,
semuanya dianjurkan untuk melakuakan tarian (Ruqs).
Tiada syak
lagi, bahawa ubat penawar untuk hati-hati dari kelalaian dan untuk
menumpukannya kepada Allah adalah dituntut dengan cara mana pun selama
tidak berlaku perkara yang diharamkan yang diijmakkan keharamannya oleh
para ulama’, yang begitu bukan ubat penawar lagi,3).
Imam Junaid al-Baghdadi r.a. ketika ditanya tentang majlis sama’. Beliau menjawab :
[ Setiap perkara yang menumpukan hati Para hamba kepada Tuhannya , adalah Harus.]
Al Faasi menulis dalam karangan beliau berjudul syarah al-Hisn,4 Nas perkataan dari Sheikhul Islam Imam Sayuthi r.a.
Imam Sayuthi berkata “Daku menjawab ,bagaimana pula boleh diingkari
berzikir dengan keadaan berdiri dan duduk, dan dalam keadaan berbaring
atas rusuk mereka/ padahal sesungguhnya Allah ta’la berfirman dengan
maksudnya :
{ mereka yang berzikir (mengingati Allah ) dalam keadaan berdiri dan duduk dan dalam keadaan berbaring diatas rusuk mereka].
Siti Aishah r.anha berkata, { Adalah Rasulullah saw berzikir mengingati Allah di setiap keadaan}.
’’Walaupun terdapat tambahan pada berdiri dengan ditambah perbuatan
menari, itupun tidak boleh diingkari ,perbuatan sebab menari itu
disebabkan timbul rasa kelazatan syuhud dan al wajd.Telah diriwayatkan
hadis saidina Ja’afar bin Abi Talib menari dihadapan Rasullullah s.a.w
bila Nabi saw bersabda :
{Dikau menyerupai daku pada kejadian tubuhku dan akhlak ku.}
Sesunggunya sahih berita tentang berlakunya berdiri dan tarian di dalam
majlis-majlis zikir ,sama’ dan dengan kehadiran imam-imam
besar,seumpama zikir dan Sheikhul Islam Izzuddin bin Abdis salam.
Tamat terjemahan
1. Ihya Ulumiddin.
2. Al futuhatul lahiyyah..
....................................................................................................................................
1. Iaitu suara burung murai mustahil boleh diharamkan.
2 ) Ittihaf Saadatil Muttaqiin, Juzuk 6. Muka surat 472
3) kerana setiap yang diharamkan oleh Allah swt dan Rasul s.a.w adalah dianggap seperti Racun yang membunuh.
4)-Imam Al-faqih al Allamah Abul Abbas Ahmad Bin Abi Mahasin Yusof al Faasi al Maliki r.a.-
Beliau ahli dalam pelbagai,seorang yang berilmu yang beramal dengan
ilmunya. Wali yang kamil. Dilahirkan pada 971 Hijrah bersamaan 1563
Masihi.Wafat 1021 Hijrah-1612 Masihi.
Beliau menghafal kitab
hadis al Bukhari dan Muslim dan bebrapa naskhah kitab-kitab Bukhari dan
Muslim telah ditashih menurut hafalan beliau.
Kemudian Ibnu Ajibah mengulas:
”Daku berpendapat , sesungguhnya mutawatir khabar yang dinukil
berkenaan ahli tasawuf zaman dahulu dan sekarang.Sama ada di timur
mahupun barat bahwa mereka berhimpun untuk berzikir mengingati Allah
dengan cara berdiri dan menari. Tiada pula sampai berita kepada kita ada
terdapat ulama’ yang ingkar pada perbuatan mereka itu.
Sheikhuna Tuan Guru Abdul Raof Bin Nurin.
No comments:
Post a Comment